TabWidget!
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 31, 2011

Wednesday, March 30, 2011

K.e.C.E.w.a

ada sesuatu buat aku rasa terkilan dan kecewa
jauh disudut hati aku luka kecil itu makin berdarah
aku cuba untuk menidakkan
namun aku terlalu lemah
jika luka itu berdarah kembali
aku tak tahu nak luahkan kepada siapa
aku terlalu kecewa...
selama ini aku lawan perasaan itu
ooo Tuhan..dugaan apa yang Engkau berikan pada aku
aku tidak kuat
aku insan lemah
aku tidak sabar
Tuhan..hentikan dugaan ini
sudah lama aku pendamkan..
aku hampir2 lemah dan tak berdaya lagi untuk aku pertahankan
aku bertahan cuma seorang diri
aku usaha seorang diri
sedangkan aku buat begitu untuk ramai orang
terlalu tidak adil
cuma aku seorang yang mlakukan tanpa bantuan orang lain
aku usaha sendiri untuk hidup ini..!!!!
hatiku makin terluka kerana pihak itu pentingkan orang lain dari aku..
kadang-kadang aku putus asa
bila putus asa..aku akan fikir yang bukan2
sampai bila aku dapat bersabar dan bertahan???
sampai bila aku hidup dalam hipokrit?
Tuhan..tunjukan aku jalan
jalan yang benar
jalan kebahagian
bimbinglah aku Tuhan..
jangan tinggalkan aku
pimpinlah aku
A.M.E.N

Tuesday, March 29, 2011

L.I.F.E

hidup ini tak menentu
kejap di atas kejap di bawah
kita hanya boleh merancang
tp adakah yg kita rancang akan berlaku dengan baik
usaha yang penting bagi menjayakan apa yang kita rancang
sokongan padu juga penting
pening bila fikir pasal hidup
pening dgn khidupan
lain yang dirancang
lain yg jadi
kadang2 putus asa juga bila fikir pasal kehidupan
tension!!!!
aku tension!!!
let me go out from here...

Saturday, March 26, 2011

BAcK HomE

23 mac myB balik
around jam 12am...
terkejut bukan main lagi aku
ada hepi
ada juge hairan
pelbagai persoalan dalam fikiran aku
betul kah didepanku ni myB aku?
ishk....ada ke???
aku suruh dia baca doa depan aku untuk buktikan dia ni betul myB..
lepas dia baca doa baru aku rasa lega
hehehehehe..betul lah yang berdiri depan aku ni myB aku
sebenarnya flight dia orang awal tp kwn dia bawa 'projek' dulu..
tak per..
biarlah..
luang skejap dengan kawan2 dia
aku tak kisah..
aku tanya dia kenapa balik awal sangat
tak pe janji dpt sambut ulangtahun perkahwinan kami
hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yag ke-5
terasa manis dan bahagia bila myB dapat sambut bersama2
lov u myB

Monday, March 21, 2011

'HARi keJADiaN'

hari ini hari isnin
21 mac 2011
sptt nya aku jumpa dia ehem..
seperti yang dijanjikan
fuhhhh...
nasib baik lah dia tak msg
online pun tak der
mjelang petang ade dia on9 skejap
ada buzz aku
tp tak sempat aku reply dia dh offline
hari blalu hingga ke mlm
fuhhh..
nasib tak jadi
kalau tidak naya aku
kesian family aku
jauhkan aku dari benda alah tu
hari ni gak myB ada call dari kk
rindu nak dengar suara myb
rindu dgn myb
masih lama mei tu
hehehehe..rasa nak suruh dia balik jer
tp
kesian juga
tak per..biarlah myb lama skit kat sana
biar rindu menebal
my b pesan jgn main hujan
hujan asid katanyer
myb suruh smpaikn pesan kat my mum mydad n adik2 skali
hehehehehe..
syg juga myb kat family ni
aha..
myb memang pyayang
lov u myb
sori sbb baby girl slalu buat fikiran myb kacau
sori sbb baby girl slalu nak fikir benda bukan2
sori myb atas semua nya

Sunday, March 20, 2011

pROGram KomUNIti bERsaMa MeGa HOteL

siang td aku kerja pagi..
arghh..malas nyer nak bangun pukul 5am untuk turun kerja jam 6am,
demi tugas aku kuatkan hati dan semangat.
awal pagi
lancar jer..ok macam biasa
hari ni ada program komuniti bersama mega hotel
dia org buat kerja amal kat tempat kerja aku ni
tp masa minum tu
hatiku tersentuh juga
ada klien cakap masih lapar lagi sbb aku suruh dia orang ambil 1 jer kuih tu
bukan apa
kuih tu sikit jer so takut org2 belakang tak cukup
aku dengar pgakuan'dia' terus aku kecik ati..aku nekad aku tak nak makan tengahari nanti takut tak cukup lak untuk dia orang
so tengahari tu aku tak makan
huh..puas hati aku
lepas ni..jaga lah
jgn harap aku nak baik2 dengan org yang mcm tu
dh lah suka meminta
huh..aku tak kira
panas ni
marah ni
kecik ati aku
dia org cakap macam tu mcm tak hormat aku jer
dengan muka2 skali dia org tunjuk
lepas ni jgan ada hati lah nak berbaik2 dgn aku
dlm panas2 hepi juga aku sbb aku dpat hadiah
dari mega hotel
tq mega hotel
aku menang ikut group memancing
hahaha..ikan yg aku dapt tak seberapa
semua kwn2 dlm group tu yg tolong
tq kawan2


ini lah piala aku tu
hehehehehe..cantik tak?

Friday, March 18, 2011

grooming...

siang tadi ada free kelas belajar make up dari pakar kecantikan mary kay
emmm..ok gak produk tu
tp harga..amboi..habis gaji sbulan aku
so bila dlm kelas makeup sempat juga ambil gambar..
ini dia:



aha..gitu ler adanyer
yang ni lak aku sempat lagi ambik gmbar kat gym
hehehehehe..budak2 jd juru gambar
sori tak terang sangat lah


hehehehe...org kuat tu

terima kasih Tuhan

aku dah dapt keputusan dan jawapan kepada permasalahan aku
terima kasih my old besfriend andy helmy kerana membantu aku
aku akan pertahan kan apa yang ada
aku perlu berfikir sebelum bertindak bodoh
trima kasih juga kpd my xboyfriend sigan manau di atas nasihat dan kritikan yang pedas
kalau tidak aku sesat jalan
hubby..
miss u lov u 4ever
aku tak akan jd bodoh lagi
kepada ADYRW..im sorry..sbb myusahkan anda
i can't do that
i love my family
ihope u do it also..

K.E.L.I.R.U.

apa patut aku buat ni? apa aku dah buat ni?
kenapa mesti tak berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu?
Tuhan..bagilah petunjuk kepada aku..arah mana perlu aku ikut
aku takut aku sesat jalan
aku takut aku tersalah pilih keputusan
kenapa mesti ada peluang seperti itu?
kenapa mesti aku yang terpilih?
oooo...tidak....
tolonglah...
aku cuma ingin meluaskan lagi dunia ini tapi ini yang dah aku perbuat..
tidak..aku belum buat lagi..aku rancang saja...
masih boleh undur lagi
hharap kali ini lebih bijak lagi
Tuhan..tolonglah aku...

Wednesday, March 16, 2011

jauhkan...

emmm..macam mana nak mula. susah nak kata, hanya perasaan yang bermain dengan diriku ini.aku jadi keliru dengan diri sendiri, mulut kata jangan tp hati kita tak tahu.kenapa sudah sekian lama aku cuba melawan perasaan ini tapi terlalu susah untuk dikikis dan dihindari. kenapa masih aku ...oh tidak..wakeup!!!!aku harus bangun dan menerima apa yang ada pada diriku. aku harus lebih bersyukur dan bukan mencari masalah atau penyakit. buangkan perasaan bodoh itu dari hidup aku ini. aku ingin menjadi insan yang baik untuk keluargaku.
bodoh bangang betul..cubalah dari dulu aku terus tak berhubung dan berjumpa kembali kan bagus tak ler jadi macam ini. susah..terlalu susah.elakkan diri..tidak..tak sanggup aku.
ini lagi penyakit yang aku cari sendiri. adakah kerana aku dibuai perasaan sendiri kerana mudah digoda. terlalu mudah untuk aku berada diawang-awangan.
jauhkan aku dari perasaan bodo itu..jauhkan aku dari orang yang bermasalah dan mencari masalh.

eSOk

hari esok hari khamis..aku kerja pagi so kena pakai baju batik, almaklum ler hari khamis..esok pula kena kemas dewan untuk majlis/aktiviti hari jumaat..jumaat ni blajar macam mana nak makeup..hehehehehe..modal rm3 jer..
esok juga kena eskot budak gi poliklinik untuk ambil darah. so esok aku nak ambil kesempanan ambil bekalan ubat ubatan aku..lama dah aku tak makan ubat...almaklum ler tak biasa lagi..susah juge awal2 lagi ada diebetis..diebetis keturunan.macam mana nak disiplinkan diri untuk makan ubat 3kali sehari?emmm..agak susah tu..
kata doktor penyakit ni tak akan sembuh..akan sampai bila2.kaki pula kena jaga tak boleh luka sbb susah nak sembuh...
bila dah dapat penyakit macam ni..adakah suatu hari nanti aku akan jadi ibu dan melahirkan anak sendiri?dan sampai bila pula hayat aku?hanya DIA yang boleh memberi jawapan kepada aku.

Tuesday, March 15, 2011

moved

hari ini my B serta krew2 kapal dia orang move ke tempat lain...dengar2 ke KK. myB cakap mungkin tak de line so makna nyer susah ler nak call atau msg ni..uuuuuuhhh..rindu lah..harap2 kat sana nanti myB dapatlah on9. so dapatlah ler mlepas rindu..
lama lagi myB nak balik ade 7minggu lagi..aduh rindu nyer....
sayang myB.

Monday, March 14, 2011

ego...

wah...kita tengok siapa lebih ego..sama ada
AKU


ATAU

KITA LIHAT PEMENANG NYA NANTI

meRaJUk..

aku pun tak tahu apa dirajuk aku pada si dia..yang aku tahu aku kecik hati sbb dia macam layan tak layan jer bila msg atau call...puas dia pujuk msg atau call aku buat tak tahu jer..aku nak balas atau nak angkat calling dari dia tp tahan kan diri demi ego aku..biar dia rasa menyesal sikit..hahahahaha..
itulah hormon wanita aku ni dah tak seimbang lagi kot..merajuk tak tentu pasal hakikat nya aku rindu sangat dengan dia..susah jauh ni..tp bak kata org makin jauh makin rindu...



ini lah si dia yang dirajuk oleh aku tu...dah rindu tahap gaban ni...

Sunday, March 13, 2011

RinDu...

hari ni genap seminggu my B tak de disisi..adeh..rindu sangat lah kat dia. selama ni aku tlalu sangat bgantung pada dia..tu yang lama tu dia tak turun2 lagi tu sbb aku tahan.kalau tak turun lak susah juge...bajet tak cukup. nasib baik company dia ok..tak turun pun tak kan dipersoalkan..bila dah ready nak turun terus dapat turun..terasa sunyi lak rumah ni tak de my B..RINDU sgt lh kat dia..




rindu sangat2 kat B

Tuesday, March 8, 2011

bebep in the house






yang ni binatang kesayangan aku..Bebep!!

cubaan

ini dah masuk kali keberapa dah nak buat blog..macam tak jadi and tak sempurna jer..tak pe..aku slalu berpegang kepada prinsip berani mencuba..sempurna ke tak tu belakang kira janji kita dah berusaha nak buat. buat punya buat blom ade lagi orang follow blog aku ni..blog tak canggih mcm mana nak ikot...


selamat berkenalan kepada semua. yang diatas tu ler aku..ikutilah kisah hidup dan segala hal yang aku fikir nak catit dalam blog ni...jengok2 lah blog aku, andai ada idea yang nak dcurahkan atau teguran sila2kan lah kerana setiap teguran itu akan membawa lebih kebaikan